TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA
1. Agama merupakan pegangan hidup
manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam setiap agama
dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan dalam menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun
agama-agama lain bebas diamalkan secara aman. Pelbagai agama diamalkan di
Malaysia seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan
Taoist.
3. Kesemua agama tersebut memberi panduan dan ajaran agar
penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing
dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.
4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada
manusia lain dan menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain tanpa mengira
waktu.
5. Nilai lain yang ditekankan oleh agama
Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat ihsan, sentiasa sabar untuk
menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah diri dan tidak memandang
rendah pada orang lain, selain benar dan amanah.
6. Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang
berdasarkan kepada pengetahuan. Seseorang penganut agama Buddha mestilah
mempunyai pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa
menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
7. Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk
mempercayai Tuhan dan segala-galanya datang daripada Tuhan dan Tuhan akan
memberikan keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
8. Agama Kristian juga mengajar umatnya
untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan serta berkhidmat untuk
masyarakat agar sentiasa dirahmati Tuhan.
KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN TERTENTU DALAM PERAYAAN PELBAGAI KAUM
1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk dengan
pelbagai perayaan.
2. Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini
mempunyai keunikannya tersendiri dan dirayakan bersama-sama dengan kaum lain
dengan perasaan muhibah dan perpaduan.
3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara
ini ialah Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak,
Krimas, Hari Raya Aidil Adha, Hari Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal dan
Vaisakhi.
4. Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke
negara kita.
5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila
menjelangnya sesuatu perayaan untuk meraikannya dengan keluarga dan
sanak-saudara.
6. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa
ketika sambutan perayaan. Secara tidak langsung perpaduan antara
kaum dapat dipupuk.
7. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan
Hari Raya Puasa. Amalan ini dapat menjernihkan sebarang perselisihan
faham dan memulihkan kasih sayang antara anggota keluarga.
8. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat
ketika sambutan perayaan-perayaan ini. Amalan memakai pakaian dan memasak
makanak tradisional menyerikan lagi sambutan tersebut.
9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang
sering diadakan oleh kerajaan Malaysia untuk menjalinkan perpaduan antara kaum.
Pelbagai acara dan aktiviti serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk
semua lapisan masyarakat.
10. Amalan-amalan ini mampu mewujudkan rasa hormat,
persefahaman dan tolak ansur antara pelbagai kaum di negara ini.
KELEBIHAN SAMBUTAN PELBAGAI PERAYAAN
o
Mengeratkan hubungan pelbagai kaum.
o
Mengekalkan amalan dan tradisi setiap
kaum.
o
Mewujudkan perasaan hormat, toleransi
dan saling faham-memahami antara kaum.
o
Daya penarik pelancong.
AMALAN-AMALAN PENTING KETIKA PERAYAAN
HARI RAYA AIDILFITRI
o
Wajib berpuasa selama sebulan (bulan Ramadan)
sebelum berhari raya.
o
Membayar zakat fitrah.
HARI RAYA AIDILADHA
o
Menunaikan solat sunat Aidiladha pada
pagi hari raya.
o
Penyembelihan binatang akan dilakukan
dan dagingnya akan disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang
beragama Islam.
TAHUN BARU CINA
o
Mengadakan makan besar bersama semua
angggota keluarga .
o
Tradisi mengunjungi dan memberi angpau
kepada mereka yang belum berkahwin.
HARI DEEPAVALI
o
Menyalakan pelita di kawasan rumah.
o
Amalan mandi minyak geliga bertujuan
untuk penyucian badan dan pembuangan dosa.
HARI KRIMAS
o
Menghias pokok Krimas dan
bertukar-tukar hadiah dengan kaum keluarga.
o
Berkumpul bersama keluarga untuk makan
malam.
TADAO KEAMATAN
o
Mengadakan upacara kepada semangat padi
sebagai tanda kesyukuran.
o
Menjamu makanan tradisional dan minuman
tapai.
HARI GAWAI
o
Mengadakan upacara sebagai tanda terima
kasih dan kesyukuran .
o
Menghidangkan air tuak.
HARI VAISAKHI
o
Berkumpul untuk mendapat restu daripada
guru di Gudwara.
o
Menggantikan bendera suci di Gudwara.
o
Membaca kitab suci (Guru Granth Sahib)