TEMA 5: KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
ü
Perlembagaan Malaysia adalah
undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan Malaysia
yang ada pada hari ini.
ü
Kedudukan perlembagaan adalah lebih
tinggi dan mengatasi kekuasaan Yang di- Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri
dan Mahkamah.
ü
Perkara 75 menyatakan mana-mana
undang-undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan
terbatal dengan sendirinya.
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA:
o
Peraturan atau prinsip asas yang
menjadi penentu pentadbiran sesebuah negara.
o
Menentukan pembahagian kuasa dan
pelaksanaan kuasa sesebuah pemerintahan.
o
Sumber kepada penggubalan undang-undang
negara.
POLITIK
o
menjamin kesinambungan pentadbiran dan
kestabilan politik.
o
Menjamin pentadbiran dan pemerintahan
yang cekap, adil dan telus.
o
Menjamin kerjasama antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri.
o
Merupakan panduan pemerintahan negeri.
o
Menjamin keselamatan dan keamanan
rakyat.
EKONOMI
o
Memastikan wujudnya keadilan sosial antara
kaum.
o
Kestabilan politik menjamin
perkembangan ekonomi.
o
Kestabilan politik juga menarik
kedatangan pelabur luar.
SOSIAL
o
Mewujudkan integrasi yang membentuk
negara dan bangsa yang bersatu padu dan taat setia kepada negara.
o
Menjaga dan memelihara hak istimewa
orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
o
Menjamin keselamatan dan keamanan
rakyat.
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dengan
183 perkara.
Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia merangkumi bahasa,
agama, kewarganegaraan,hak asasi, kedudukan istimewa Orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak.
BAHASA
o
Bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
o
Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud
dan tujuan rasmi, namun penggunaan bahasa lain tidak ditegah.
AGAMA
o
Agama Islam sebagai agama rasmi negara,
namun semua orang bebas mengamalkan dan menganuti agama masing-masing.
o
Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.
KEWARGANEGARAAN
o
Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah
negara.
o
Setiap warganegara mempunyai
tanggungjawab dan hak terhadap negara.
o
Tanggungjawab utama warganegara ialah
mempertahankan dan menjunjung perlembagaan.
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
Ø
Tiga perkara menjadi hak keistimewaan
utama, iaitu peluang dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.
Ø
Kedudukan istimewa orang Melayu-
berhubung dengan tanah rizab.
HAK ASASI
Ø
Kebebasan beragama- setiap individu
bebas mengamalkan agama masing-masing.
Ø
Kebebasan diri- setiap individu yang
tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh diambil nyawanya, dipaksa
kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul dan
ditegah menubuhkan persatuan.
Ø
Kebebasan ekonomi- setiap individu
bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bertentangan dengan
undang-undang negara.
No comments:
Post a Comment