TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH SOSIAL DALAM
MASYARAKAT.
1.Terdapat pelbagai isu dan masalah social yang mengancam
masyarakat terutamanya remaja.
2.Antara masalah sosial tersebut berikut:
o
Penyalahgunaan dadah.
o
Penderaan
o
Penyalahgunaan teknologi.
o
Pergaulan bebas.
o
Vandalisme
o
Gengsterisme.
3. Antara punca-punca yang mengakibatkan timbulnya pelbagai
isu dan masalah sosial dalam masyarakat:
o
Kepincangan keluarga.
o
Pengaruh rakan sebaya.
o
Pengaruh budaya kuning dari barat.
o
Tiada pegangan agama yang kukuh.
4. Gejala sosial ini akan membawa kesan yang buruk terhadap
diri, keluarga, masyarakat dan negara kerana ia mengancam keselamatan,
kestabilan dan keamanan serta merugikan negara.
5. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi membasmi
gejala sosial negatif:
o
Mengadakan kempen kesedaran.
o
Menguatkuasakan undang-undang.
o
Memberikan didikan agama dan moral.
o
Memberi khidmat nasihat dan kaunseling.
o
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan
baik iaitu memberi perhatian dan kasih sayang.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DALAM MASYARAKAT
1. Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang
menjadi kebiasaan dan diterima oleh komuniti.
2. Antara amalan norma komuniti dalam masyarakat.
o
Adab dalam majlis rasmi dan di meja
makan.
o
Amalan bergotong-royong.
o
Amalan membuka kasut sebelum masuk
rumah.
o
Anak-anak menghormati dan mentaati ibu
bapa atau orang yang lebih tua.
o
Dilarang melakukan jenayah yang salah
di sisi undang-undang.
3. Peraturan pula adalah segala yang ditetapkan sama ada
secara lisan atau bertulis dan harus dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.
4 Antara kepentingan norma komuniti, peraturan dan
undang-undang dalam masyarakat adalah:
o
Membentuk anggota masyarakat yang
beradab, beretika, berdisiplin dan bertanggungjawab.
o
Menjamin kesejahteraan dan keharmonian
sesebuah negara.
o
Membimbing dan mendorong kehidupan yang
lebih baik dan sempurna.
o
Mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat.
o
Mengawal tingkah laku dan perlakuan
serta kehidupan dalam sesebuah komuniti.
5. Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan
jenayah atau antisocial yang dilakukan oleh golongan juvana yang berusia di
bawah 18 tahun.
6. Pesalah juvana lazimnya tidak akan dikenakan
hukuman penjara sebaliknya akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak seperti
Sekolah Henry Gurney yang dikelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
No comments:
Post a Comment