TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN
PENGGUNA RASIONAL
Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan atau
perkhidmatan yang ada di pasaran.
Pengguna rasional merujuk kepada pengguna yang pandai
membuat keputusan, bermaklumat dan bertanggungjawab terhadap sebarang
tindakan. Pengguna rasional selalunya akan berbelanja secara
berhemah dengan membuat bajet dan mengikut keperluan serta kemampuan.
Pengguna yang bijak seharusnya mengetahui haknya dan
bertindak dengan bijaksana. Terdapat 8 hak pengguna:
o
Hak mendapatkan keperluan asas.
o
Hak untuk bersuara.
o
Hak mendapatkan jaminan keselamatan.
o
Hak untuk mendapatkan ganti rugi.
o
Hak mendapatkan maklumat.
o
Hak untuk mendapat pendidikan
kepenggunaan.
o
Hak membuat pilihan.
o
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang
sihat dan selamat.
Etika pengguna dan pengeluar bermaksud membudayakan standard
kepenggunaan dalam kehidupan seharian. Sebagai pengguna yang
beretika, kita tidak harus membeli barangan seludup atau curi.
Pengeluar perlu mematuhi kod etika semasa menguruskan
perniagaan dan harus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh SIRIM
dan Jabatan Standard Malaysia.
Standard amat penting untuk menyelaraskan pembuatan sesuatu
produk supaya kehidupan lebih selamat dan terjamin.
KPDNHEP merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab
menjaga kepentingan pengguna daripada penindasan peniaga.
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah diwujudkan untuk
melindungi hak pengguna dengan menyediakan alternatif selain mahkamah bagi
pengguna menuntut ganti rugi.
Pengguna juga harus peka dan mengambil inisiatif untuk
memperluaskan pengetahuan mereka agar tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga
atau pengeluar.
No comments:
Post a Comment